Perancangan bandar Singapura memastikan setiap masyarakat dapat beribadah, berkhidmat dan berkembang dengan aman, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Di kawasan kejiranan, masjid berdiri bersebelahan kuil dan gereja, dengan setiap rumah ibadah memenuhi keperluan masyarakat masing-masing namun berkongsi ruang bersama dalam semangat saling menghormati.





