Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) kini menjadi pemacu utama hala tuju ekonomi negeri Johor, dengan 11 sektor strategik dikenal pasti sebagai tunjang pertumbuhan jangka panjang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han, berkata ini termasuk pembuatan, logistik, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan, ekonomi digital, pelancongan, keselamatan makanan, pendidikan, kesihatan, tenaga dan ekonomi...





