JAKARTA: Beribu-ribu penduduk di ladang kelapa sawit wilayah Riau, Indonesia, mengadakan bantahan pada 20 November terhadap pengambilalihan ladang mereka oleh pasukan petugas perhutanan pemerintah.
Pasukan petugas perhutanan Presiden Prabowo Subianto, yang merangkumi anggota tentera dan pendakwa raya negeri, telah melancarkan tindakan keras terhadap ladang kelapa sawit yang dikatakan diusahakan secara haram di kawasan hutan.





