Bermula 24 November, Grab Singapura akan menaikkan tambang minimum buat pemandunya sebanyak 50 sen, sebagai langkah untuk meningkatkan pendapatan mereka bagi perjalanan jarak pendek kurang daripada 3 kilometer (km).
Kenaikan itu akan dibiayai sepenuhnya oleh Grab dan tidak akan mengubah tambang penumpang, kata syarikat perkhidmatan e-panggilan (kenderaan sewa persendirian) itu dalam satu kenyataan bersama dengan Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional...





