Encik Lee Hsien Yang, pemilik tunggal 38 Oxley Road, membantah rancangan pemerintah untuk mewartakan rumah keluarganya sebagai Monumen Negara.
Bantahan itu dibuat selepas Lembaga Warisan Negara (NHB) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA) mengumumkan pada 3 November mereka berhasrat mewartakan tapak kediaman mendiang Perdana Menteri Pengasas, Encik Lee Kuan Yew, yang menurut mereka mempunyai nilai sejarah penting sebagai tempat perbincangan politik...





