Dalam setiap kita ada ular sawa membelit dan menelan kenyang berhari-hari tak perlu khuatirkan hari esok berfikir selagi ada kuasa rezeki sering menjenguk hingga ke hujung usia.
Dalam setiap kita ada kucing yang manja apabila dibelai dalam diam diriuhkan kemesraan silap hari bulan jika ekor terpijak kaki menyinga tersihir kejelikan.





