KOTA KINABALU (Sabah): Sebuah jawatankuasa khas melibatkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah telah ditubuhkan bagi membincangkan mekanisme pelaksanaan tuntutan pulangan hasil bersih 40 peratus Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Datuk Fadillah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (JKTMPMA63), berkata jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan...





