Di sebuah negeri yang terindah, rakyatnya memiliki satu kegilaan yang pelik. Masing-masing bermati-matian ingin memiliki kuda tunggangan.
Baik dari golongan mereka yang emas berpeti, kerbau berkandang sehinggalah mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.





