Terdapat 94 tuntutan terhadap bank digital bagi kes berkaitan penipuan di Singapura dalam lapan bulan pertama 2025, lebih daripada dua kali ganda berbanding 42 tuntutan bagi sepanjang 2024.
Jumlah wang yang terlibat dalam 94 tuntutan ini ialah $2.5 juta, menurut Pusat Huraian Pertikaian Perusahaan Kewangan (Fidrec), lapor The Straits Times (ST).





