Pemerintah akan memperkenalkan perubahan peraturan bagi melindungi pembeli rumah privet dan membantu mereka membuat keputusan yang lebih termaklum, sekali gus meningkatkan piawaian industri secara keseluruhan, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Chee Hong Tat.
Beliau turut mengumumkan penawaran perumahan privet di bawah Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) bagi separuh pertama 2026 akan ditambah dengan sekitar 4,500 unit baru, menjadikan bekalan keseluruhan rantaian...





