OTTAWA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, melahirkan keyakinannya bahawa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan memuktamadkan satu resolusi penting mengenai Gaza bagi menyokong pembentukan Pasukan Keselamatan Antarabangsa (ISF).
“Kami optimis bahawa ia akan menjadi kenyataan,” kata Encik Rubio kepada wartawan selepas mesyuarat menteri luar G7 di Canada. “Kami sedang mencapai kemajuan yang baik dalam perincian bahasa resolusi itu,...





