BANGKOK: Thailand menuntut permohonan maaf daripada Kemboja selepas menuduh negara jiran itu menanam periuk api baru yang mencederakan beberapa anggota tenteranya berhampiran sempadan, sehari selepas Bangkok menggantung perjanjian gencatan senjata yang dimeterai dengan pengantaraan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Encik Nikorndej Balankura, berkata pihaknya telah menghantar nota diplomatik rasmi kepada Phnom Penh berhubung insiden itu dan...





