GAZA: Tentera Amerika Syarikat sedang mengkaji sama ada untuk membina pangkalan sementara yang mampu menempatkan 10,000 orang berhampiran Jaluran Gaza sebagai sebahagian daripada usahanya untuk pasukan pengaman dari negara lain memantau gencatan senjata antara Israel dengan Hamas.
Tentera laut sedang mendapatkan anggaran kos daripada senarai syarikat prakelayakan untuk “pangkalan operasi tentera sementara yang berdikari dan mampu menyokong 10,000 anggota serta...





