BANGKOK: Thailand pada 10 November mengumumkan penggantungan pelaksanaan perjanjian damai dengan Kemboja yang dimeterai sebulan lalu di bawah pemantauan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, selepas dua anggota tenteranya cedera parah akibat letupan periuk api berhampiran sempadan.
Jurucakap kerajaan, Encik Siripong Angkasakulkiat, berkata semua susulan terhadap perisytiharan bersama yang dijalankan sejak seminggu lalu dihentikan serta-merta, termasuk rancangan pembebasan 18 anggota tentera...





