Beberapa parti politik, terutama gabungan parti pemerintah, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), telah mengumumkan senarai calon masing-masing untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, yang dijadual berlangsung pada akhir November.
Menjelang hari penamaan calon pada 15 November, Pengerusi PH merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan 10 calon yang akan bertanding mewakili parti komponen...





