Pengendali rangkaian mudah alih Circles.Life, telah menyuarakan kebimbangan mengenai cadangan penggabungan antara pesaing, M1 dengan Simba Telecom yang disokong Australia, dengan memberi amaran pengguna boleh terjejas sekiranya tiada langkah kawal selia yang betul.
Dalam satu kenyataan rasmi kepada Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Circles.Life menyatakan entiti gabungan itu akan menguasai 77 peratus pasaran borong dan mempunyai pegangan pasaran runcit pascabayar...





