CYBERJAYA (Kuala Lumpur): Malaysia kini berada pada kedudukan lebih kukuh dalam urusan perniagaan dan menarik pelaburan asing kerana tumpuan dunia sedang terarah kepada tahap kecekapan negara itu selepas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak Asean, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kejayaan Malaysia menganjurkan sidang kemuncak tersebut, khususnya dari segi keselamatan dan pengurusan, telah mendapat pujian pemimpin dunia...





