Pemerintah berhasrat untuk memelihara keseluruhan tapak 38 Oxley Road, dan bukan bangunan atau struktur di dalamnya kerana pemerintah tidak diwajibkan untuk mengekalkannya dalam keadaan semasa, kata Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik David Neo.
Pemerintah juga tidak akan mempamerkan, merekodkan, mengubah suai atau menduplikasi bahagian dalam rumah Perdana Menteri Pengasas Singapura, Encik Lee Kuan Yew, dalam apa jua keadaan...





