Bantuan kemanusiaan yang diberikan oleh Singapura kepada Palestin, serta pertolongan untuk membangun keupayaan pemimpinnya menerusi latihan telah memanfaatkan rakyat Palestin, kata Menteri Ehwal Luar dan Ekspatriat Penguasa Palestin, Dr Varsen Aghabekian.
Warga Palestin amat cekal hati dan bantuan daripada negara-negara seperti Singapura akan menjadikan mereka lebih kuat, kata beliau lagi.





