Kerja awalan bagi cadangan pembinaan lebuh raya pesisir pantai yang akan menghubungkan Selangor hingga ke Johor bagi mengurangkan kesesakan teruk di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) sudah bermula.
Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata projek itu merupakan kesinambungan laluan West Coast Expressway (WCE) yang ketika ini hampir siap sehingga Banting, Selangor, sebelum diteruskan ke arah selatan...





