Pihak berkuasa Singapura sedang memantau keadaan air di Johor berikutan dua insiden pencemaran.
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), dalam catatan Facebook pada 1 November, berkata bahawa satu insiden menjejas Sungai Johor dan berpunca daripada aktiviti melombong pasir, manakala yang kedua melibatkan tumpahan minyak sawit yang menjejas perairan pantai Kampung Pasir Putih.





