BANGKO: Salah sebuah parti politik terbesar Thailand, Pheu Thai, yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, telah melantik Encik Julapun Amornvivat sebagai ketua baru pada 31 Oktober, seminggu selepas peletakan jawatan Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan Encik Thaksin.
Cik Paetongtarn, 39 tahun, meletakkan jawatan sebagai ketua parti pada 22 Oktober lalu selepas Mahkamah Perlembagaan Thailand menyingkirkannya daripada jawatan perdana menteri...





