Projek penggantian dan penambahan papan tanda elektronik atau Variable Message Signage (VMS) di pusat pemeriksaan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) berjaya disiapkan lebih awal dari jadual asal, sekali gus meningkatkan sistem penyampaian maklumat dan keselamatan di pintu sempadan utama Johor-Singapura.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata projek bernilai RM3.65 juta ($1.13...





