Aroma oud, kasturi, dan bunga-bungaan pasti menyapa pengunjung yang melangkah ke dalam tiga cawangan kedainya yang terletak di Bussorah Street dan North Bridge Road.
Perniagaan warisan yang telah bertapak di Singapura hampir 100 tahun, Jamal Kazura Aromatics, seakan menjadi salah satu ‘mercu tanda’ di kawasan Kampong Gelam.





