JAKARTA: Pemerintah Indonesia dan Suruhanjaya VIII Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) bersetuju menetapkan Biaya Perjalanan Ibadah Haji (BIPIH) bagi musim haji 2026 sebanyak 54,193,807 rupiah ($4,218) bagi setiap anggota jemaah, iaitu lebih rendah berbanding cadangan awal pemerintah.
Pengerusi Suruhanjaya VIII DPR, Encik Marwan Dasopang, berkata keputusan itu menunjukkan iltizam pemerintah dan Parlimen untuk meringankan beban kewangan bakal jemaah tanpa menjejas mutu...





