Waran tangkap telah dikeluarkan bagi 27 warga Singapura dan tujuh warga Malaysia yang disyaki terlibat dalam satu sindiket penipuan yang beroperasi di Kemboja.
Kesemua 34 suspek kini berada di luar negara, menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada 29 Oktober. Ia menambah bahawa SPF kini bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa untuk mengesan serta menahan mereka.





