Singapura secara rasmi melancarkan sebuah loji kuasa sokongan di Pulau Jurong, yang mampu mencapai keupayaan pengeluaran penuh dalam beberapa minit, sekiranya berlaku kekurangan bekalan elektrik secara tiba-tiba.
Dua unit penjanaan Turbin Gas Kitaran Terbuka (OCGT) yang diusahakan Meranti Power, anak syarikat Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), mempunyai keupayaan keseluruhan 682 megawatt, cukup untuk membekalkan elektrik kepada lebih sejuta rumah Lembaga Perumahan...





