KUALA LUMPUR: Keputusan mendakwa dua guru dibuat selepas penelitian menyeluruh terhadap hasil siasatan yang menunjukkan terdapat asas mencukupi bahawa tindakan mereka ketika merotan seorang pelajar hingga menyebabkan kecederaan, telah melampaui peraturan ditetapkan.
Jabatan Peguam Negara (AGC) Malaysia memaklumkan pihaknya juga mengambil tindakan pendakwaan supaya perlindungan terhadap kesejahteraan kanak-kanak sentiasa terpelihara dan tiada yang mengambil tindakan melampaui batasan undang-undang.





