Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) terus mencatat rentak positif apabila kawasan itu menarik pelaburan berjumlah RM37.1 bilion ($11.4 bilion) dalam tempoh enam bulan pertama 2025, menjadikannya antara kawasan paling pesat berkembang di Malaysia.
Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, Datuk Hanifah Hajar Taib, berkata berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), pelaburan tersebut merangkumi RM24 bilion (66 peratus) dalam sektor perkhidmatan seperti...





