BATAM: Satu kebakaran kapal tangki di limbungan kapal Batam milik unit ASL Marine menyebabkan 13 pekerja maut dan 18 cedera, kata syarikat pembinaan kapal itu pada 26 Oktober.
Kejadian itu berlaku sekitar 4.20 pagi (waktu Indonesia) pada 15 Oktober, di atas kapal tangki yang sedang menjalani pembaikan terapung di jeti limbungan kapal milik ASL Shipyard Indonesia, kata syarikat itu.





