Masjid tertua di Singapura, Masjid Omar Kampong Melaka meraikan ulang tahun ke-205 dengan majlis Makan Malam Amal di Hotel Furama Riverfront pada 25 Oktober.
Majlis itu dihadiri sekitar 380 penderma dan pendukung Masjid Omar Kampong Melaka, dengan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, hadir selaku tetamu...





