Kerajaan Johor terus komited memperkukuh akses kepada perkhidmatan kesihatan mental dengan memperkenalkan Program Komuniti Minda Sejahtera (K-MindSet) sebagai usaha melatih pemimpin masyarakat menjadi barisan hadapan dalam advokasi dan kesedaran kesihatan mental.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik Ling Tian Soon, berkata inisiatif itu merupakan sebahagian daripada langkah bersepadu kerajaan negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memastikan semua...





