Persatuan Rakyat (PA) akan melatih 1,000 pemimpin akar umbi selaku penyelaras kegiatan dalam masyarakat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memupuk kepercayaan dan mengukuhkan fabrik sosial Singapura, kata Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.
Program tersebut, yang dinamakan Program Penyelaras Masyarakat, akan bermula dengan pemimpin akar umbi daripada Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC), yang beliau sifatkan sebagai “pertubuhan akar...





