Kerajaan Johor menegaskan bahawa tindakan meroboh rumah kayu di kawasan Kebun Teh pada 15 Oktober hanya melibatkan 11 rumah kosong dan bukannya rumah yang didiami penduduk tempatan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Encik Ling Tian Soon, berkata kawasan berkenaan merupakan tanah rizab perkuburan di bawah pengurusan Persatuan Tiong Hua Johor Bahru, yang sejak kebelakangan ini telah didiami pendatang...





