Pelantikan Datin Paduka Hazlina Jalil sebagai Datuk Bandar baru Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) pada 17 Oktober bukan sahaja mencipta sejarah sebagai Datuk Bandar wanita pertama Pasir Gudang, bahkan menjadikannya Datuk Bandar wanita pertama di negeri Johor.
Berpengalaman lebih 25 tahun dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (JCS), Datin Paduka Hazlina sebelum ini pernah memegang pelbagai jawatan utama termasuk Yang Dipertua...





