Bermula 1 Oktober 2025, rakyat di sekitar Johor Bahru bakal menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan selesa menerusi pelaksanaan kontrak Bas Berhenti-Henti (SBST) 1.5 dengan penambahan bilangan bas, laluan serta perjalanan harian yang signifikan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata langkah bernilai RM134.9 juta ($41.3 juta) yang meliputi tempoh...





