KUALA LUMPUR: Datuk Nora Ariffin menafikan tindakannya memuat naik video muzik lagu Sinaran, nyanyian semula Datuk Seri Rossa di Instagram Story (IGs), baru-baru ini sebagai serangan peribadi ke atas penyanyi itu.
Sebaliknya jelas Nora, perkongsian itu dibuat bagi meluahkan kekesalannya terhadap syarikat penerbitan tempatan yang didakwa masih gagal menyelesaikan isu pembayaran royalti bagi lagu ciptaan arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi,...





