Beberapa pelajar lelaki yang didakwa terlibat dalam kes rogol seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di Melaka didakwa di Mahkamah Majistret Melaka pada 16 Oktober.
Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan pada 16 Oktober memaklumkan, jabatan itu memutuskan untuk individu terbabit didakwa, selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes berkenaan.





