Sekitar 3,300 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang dijangka siap dalam tempoh kurang tiga tahun akan ditawarkan dalam jualan pada Oktober 2025, melibatkan empat projek di Yishun, Sengkang dan Bedok.
Jumlah ini membentuk lebih satu pertiga daripada 9,100 unit BTO secara keseluruhan yang akan dilancarkan, merangkumi flat dua bilik jenis fleksi hingga flat tiga generasi (3Gen) serta Apartmen Penjagaan Masyarakat...





