Seorang pelakon berperanan menenun kehidupan watak ke dalam setiap gerak tubuh, intonasi suara dan pandangan mata, agar kisah yang dipersembahkan terasa hidup sekali gus meninggalkan kesan abadi pada penonton.
Itulah antara perkara yang sempat dikongsi pelakon pentas mapan, Farah Ong, 40-an tahun, ketika wartawan Berita Harian (BH) berpeluang menemuinya di The Artground yang terletak di kawasan Holland Village, semasa sesi...





