Setiap hari, Encik Yusuf (bukan nama sebenar) mengadakan ‘konsert solonya’ sendiri dalam flat satu bilik yang terletak di kawasan barat Singapura.
Muzik menjadi jalan keluarnya daripada realiti yang menyekat pergerakannya selepas beliau terjatuh pada akhir 2020, mencederakan tengkuknya, selain rasa kebas pada tangan dan kakinya.





