JAKARTA: PT Freeport Indonesia mengesahkan usaha mencari lima pekerja yang masih hilang selepas bencana aliran lumpur di lombong tembaga dan emas Grasberg, Papua, masih diteruskan tanpa henti, lebih tiga minggu selepas tragedi itu berlaku.
Insiden yang berlaku pada 8 September lalu menyaksikan kira-kira 800,000 tan bahan lumpur basah membanjiri kawasan perlombongan bawah tanah Blok Cave Grasberg di daerah Tembagapura, Mimika,...





