Bank darah tali pusat swasta, Cordlife, sedang menilai risiko dan ketidakpastian yang boleh menjejas keupayaannya untuk terus beroperasi, berikutan kemungkinan berdepan penggantungan selama setahun, kata syarikat itu dalam satu pemfailan bursa pada 1 Oktober.
Kementerian Kesihatan (MOH) pada 29 September telah mengeluarkan Notis Niat kepada Cordlife untuk menggantung khidmat penyimpanan darah tali pusat syarikat itu selama setahun, selepas audit pada...





