Amalan menabung merupakan sebahagian penting dalam perjalanan hidup seseorang.
Itulah yang menjadi sumber ilham sekumpulan dua wanita dan dua lelaki dalam menghasilkan aplikasi ‘Barakafy’, sebuah konsep tabungan berkelompok, berasas matlamat menyimpan wang bersama ahli keluarga bagi tujuan korban, umrah atau percutian keluarga.





