Isi rumah akan membayar lebih untuk elektrik dan gas dari Oktober hingga Disember berikutan kenaikan kos tenaga.
Tarif elektrik untuk isi rumah akan meningkat 0.08 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWh), manakala tarif gas akan meningkat 0.07 sen bagi setiap kWh, sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), lapor The Straits Times (ST).





