Dalam usaha membangunkan modal insan serta ekosistem penyelidikan teknologi dan inovasi negeri, Kerajaan Johor telah menjalin kerjasama dengan dua institusi penyelidikan bertaraf dunia iaitu Universiti Stanford dan Massachusetts Institute of Technology (MIT).
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kerjasama itu selari dengan nasihat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, yang menekankan kepentingan kerjasama dengan institusi terbaik...





