Seramai 77 individu yang disyaki mengedar dadah ditahan Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam operasi antidadah di seluruh Singapura dari 21 hingga 26 September.
Antara yang dirampas termasuk 351 gram heroin, 99 gram ‘ice’ (methamphetamine), 69 gram ganja, 10 gram ketamin, satu tablet ekstasi, sebotol metadon, 527 vape dipercayai mengandungi etomidate, serta wang tunai bernilai $4,228.70, kata CNB dalam kenyataan media...





