KUCHING: Polis Sarawak berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan dua lelaki tempatan dalam operasi berasingan di Tebedu, Serian dan Kuching, melibatkan rampasan dadah jenis methamphetamine bernilai RM783,218 ($239,398) serta sitaan harta bernilai lebih RM448,000.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, berkata dalam serbuan pertama pada 24 September sekitar 2.45 petang, pasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah...





