Hasil bon hijau sebanyak $2.8 bilion telah diperuntukkan untuk tahun kewangan (FY) 2024 bagi membiayai perbelanjaan modal Laluan Daerah Jurong (JRL) dan Laluan Rentas Pulau (CRL), menurut Laporan Bon Hijau Singapura untuk FY2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) pada 29 September.
Baki $3.6 bilion hasil bon hijau itu dijangka akan diperuntukkan sepenuhnya kepada JRL dan CRL menjelang akhir tahun...





