GRAND BLANC (Amerika Syarikat): Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan lapan lagi cedera selepas seorang lelaki merempuh masuk ke dalam sebuah gereja Mormon di Grand Blanc, Michigan, dan melepaskan tembakan serta membakar bangunan itu sebelum ditembak mati oleh polis.
Ketua Polis Grand Blanc Township, Encik William Renye, berkata kejadian pada 28 September itu bermula apabila suspek yang dikenali sebagai Thomas Jacob...





